Monday, December 19, 2011

keindahan alam


Assalamualaikum

Kali ini pula saya nak ceritakan mengenai kehidupan laut yang Allah 
ciptakan kepada kita semua.
Setiap kejadian yang dijadikan Allah sangat bermakna untuk kita.
Begitu juga saya rasa bersyukur kerana di negeri kita terdapat laut, sungai dan alam sekeliling
yang begitu cantik.Subhanallah.
Saya suka melihat laut yang tersergam indah di hadapan saya.
Setiap kali bercuti, pasti saya akan mengajak keluarga saya bercuti ditempat peranginan yang ada laut.
Saya rasa seronok melihat keindahan yang diciptakan oleh Allah.
Laut juga membuat hati saya menjadi tenang dan aman
sekiranya fikiran saya berserabut memikirkan masalah yang dihadapi.
Jadi, sekiranya anda mempunyai masalah yang hendak difikirkan jangan lupa untuk
melihat keindahan yang berada di sekeliling kita.
Bukan hanya melihat keindahan laut, tetapi keindahan yang berada di sekeliling kita.
Saya sebenarnya suka melihat keindahan alam yang menghijau serta kebiruan.
Hati pun sajuk memandang.
Selain daripada kita memandang alam sekeliling jangan kita lupa menyebut Subhanallah kerana
Allah menciptakan alam sekeliling dengan indahnya
Ok lah cukuplah sampai di sini sahaja sehingga kita bertemu kembali.
Wassalam

Laut yang begitu indah


Hidupan laut yang cantik




Sunday, December 18, 2011

KUCING


Assalamualaikum

Korang semua tahukan apa binatang yang berada di atas kan?
Tentunya kucing....
Saya sebenarnya sukakan kucing sangat-sangat.
Tetapi saya tidak pernah ada kucing kat rumah
Ayah saya tak suka ada binatang kat rumah.
Jadinya saya akan bermain dengan kucing yang tinggal kat luar rumah.
Tetapi kucing yang tinggal kat luar semuanya takutkan orang.
Saya masih lagi bermain dengan kucing kalau ada kucing yang datang bermanja-manja dengan saya.
Saya rasa seronok melayan kucing-kucing tersebut.
Sehinggalah orang menggelar saya doktor kucing sebab saya suka merawat kucing yang terbiar atau tidak sihat.
Sudah menjadi kebiasaan saya kalau ada kucing tersesat yang datang ke rumah pasti saya akan merawat.
Kadang-kadang kucing ni juga boleh dijadikan tempat saya bercakap dengannya.
Dan kucing seolah-olah memahami maksud saya.
Saya sangat menyayangi makhluk yang telah Allah ciptakan.
Saya sayang kucing sangat-sangat.
Jadi kita sebagai hamba Allah hendaklah menyayangi binatang tanpa memukulnya.
Sama-samalah kita menyayangi makhluk yang diciptakan oleh Allah.
Wassalam...
















Hikmah Abd Ghapar




Ini gambar rakan saya yang sedang menembak kawannya

 
comelkan dia?

Dia sentiasa tersenyum....

Assalamualaikum....

Hari ni juga saya nak ceritakan pasal kawan baik saya yang ketiga.
Orangnya sentiasa tersenyum walaupun dia berada dalam kesusahan.
Saya selalu rasa terhibur dengan usikannya....
Baiklah namanya Nur Hikmah Abd. Ghapar.
Saya mula kenal dia semasa saya Form 1 sehinggalah sekarang.
Hubungan kami mula bertambah rapat sejak dia juga sama kelas dengan saya.
Dia menjawat jawatan yang tinggi di sekolah saya.
Dia seorang yang bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.
Ramai guru,rakan serta semua warga sekolah amat menyayanginya.
Dia betul-betul seorang yang amat saya kagumi.
Sikap dan kesabarannya dalam menempuh setiap ujian yang dihadapinya amat saya kagumi.
Saya berasa gembira dapat berkawan dengannya.
Dia juga merupakan tempat saya mengadu atau berjumpa.
Saya juga selalu mengusik dia.
Tidak sah kalau saya tak usik dia.
Saya juga nak ucapkan terima kasih kepadanya kerana telah memberi 
saya hadiah hari jadi yang cantik.
Saya juga nak minta maaf sekiranya saya banyak melakukan kesilapan sepanjang
saya berkenalan dengan dia.
Saya berharap dia sudi memaafkan saya....
Terima kasih Hikmah kerana menjadi rakan saya selama ini.
Moga persahabatan kita kekal selamanya.......



Inilah hadiah pemberian Hikmah kepada saya
cantikkan?




Sahabat bernama Syaqinur Aisya

Dia di sebelah kanan saya yang menunjukkan dua tangannya.
comel tak?

assalamualaikum.....
Kita bertemu kembali di blog saya ni.
Hari ni pula saya nak ceritakan pula mengenai rakan saya yang saya sayang juga,
Sebelum tu, saya dah tulis mengenai rakan saya yang pertama iaitu Hasnatul Mardhiaah.
Sekarang giliran dia pula saya nak ceritakan.
Dia juga pernah menulis tentang saya di blognya.
Saya rasa terharu and berterima kasih kepadanya.
Baiklah nama penuhnya ialah Syaqinur Aisya Nasli.
Sedapkan nama dia.
Ini pertama kali saya mendengar namaya yang unik kerana sebelum
ini saya belum pernah ada kawan yang bernama Syaqinur.
Kalau anda semua nak berkenalan dengan dia lebih rapat lagi boleh klik di link yang saya buat

Saya kenal dengan dia semasa saya Form4 sekarang ni.
Dia sama kelas dan sama dorm dengan saya.
Lama-kelamaan saya menjadi rapat dengan dia.
Dia ni seoang yang peramah,sentiasa tersenyum,dan suka mengusik.
Dia suka mengusik tidak kira siapa pun.
Jadinya ramai yang suka dengan sifatnya itu.
Termasuk diri saya juga.
Kadang-kadang saya juga suka mengusik dia saje je nak bergurau.
Dia ni juga seorang peminat Khairul Fahmi.
Minat yang terlebih-lebih.sampai mengaku dia ni Mrs. Khairul Fahmi.
Macam-macam betul kerenah dia ni.
Lagi satu dia ni kuat berangan bila saya cakap buat apa dia cakap tengah berangan,
Berangan tu taklah baik sangat tapi jangan sampai terjatuh dari katil sudahlah.
He3 jangan marah ye Shaqinur.
Dah lama tak mengusik jadi rindu pula.

Dia juga seorang yang sangat caring.
Semasa saya sakit dulu, dialah yang menjaga saya
seperti ibu saya.
Saya betul-betul rasa bersyukur sangat kerana dapat kawan yang baik seperti dia.
Kalau saya ada masalah saya juga akan berkongsi dengan dia kerana dia 
seorang yang memahami.
Lagi satu, dia ni juga seorang yang pandai berlakon.
Teringat saya sewaktu dia berlakon di dalam dorm...
Dia lebih sesuai memainkan watak seorang yang lembut seperti sifatnya.
Lakonan dia juga membuatkan orang tergelak melihat telatahnya......
Dia juga suka main hujan.
Teringat saya sewaktu dia demam dulu.
Sangat teruk dan sampai termuntah ini semua gara-gara dia bermain hujan.
Ok lah tu je kot nak saya describe mengenai dia.
Sebenarnya banyak lagi saya nak cerita mengenai dia tetapi anda semua boleh 
mengenali dirinya dengan lebih dekat melalui Facebook atau blog....
Wassalam...




kecantikan diri

Assalamualaikum..........
Hari ini saya nak cerita satu cerita mengenai diri saya.
Dulu saya rasa sangat malu dengan diri saya kerana ramai yang kata diri saya ni taklah cantik.
Termasuk dengan ahli keluarga saya, mak cik dan ramai lagi.
Tapi saya tak kisah sebab Allah mencipta kita tidak sempurna.
Memang saya dulu menangis  sebab ini.
Saya dah cuba pelbagai ubat untuk sembuhkan penyakit saya tetapi tidak berkesan.
Ini semua adalah kehendak Allah kerana saya percaya Allah akan menguji setiap hambanya yang sabar menempuh dugaannya.
Lama-kelamaan saya mula faham kenapa Allah menciptakan manusia itu tidak sempurna.
Saya sepatutnya rasa bersyukur dengan apa yang telah Allah anugerahkan kepada saya.
Saya lebih rasa kasihan melihat orang yang lebih kurang upaya daripada saya seperti
mereka yang cacat penglihatan dan penyakit  kronik yang dihadapi  oleh mereka.
Saya rasa bersyukur kerana saya tak dilahirkan seperti mereka.
Saya dilahirkan dengan sempurna dari segi anggota tubuh badan yang sihat dan segalanya.
Saya tidak patut menyalahkan apa yang berlaku dalam diri saya.
Kecantikan muka bukan ukuran bagi diri kita.
Kerana kecantikan tidak semestinya lahir daripada muka yang cantik tetapi hati yang ikhlas dan disenangi oleh orang ramai.
Saya mula faham dan dapat menghayati apa yang saya inginkan dalam hidup saya.
Walauapapun saya berasa bersyukur kerana dikurniakan  ibu bapa yang memahami dan mengambil berat tentang diri saya dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya yang telah banyak membeli saya pelbagai ubat untuk menyembuhkan diri saya dari Hospital pakar, rawatan tradisional dan sebagainya.
Saya rasa beruntung kerana  mempunyai ibu bapa yang sangat prihatin terhadap diri saya.
Begitu besar pengorbanan ibu dan ayah saya untuk membantu diri saya.
Terima Kasih Ya Allah kerana mengurniakan saya ibu bapa yang penyayang.
Dan tempatkanlah mereka di kalangan orang yang beriman iaitu syurga FirdausMu.

Saturday, December 17, 2011

Seorang sahabat Hasnatul Mardiaah

Ha!
Korang tahukan apa erti persahabatan?
Kali ini saya nak ceritakan satu kisah mengenai rakan atau sahabat yang paling saya sayang selama ini.
Nak tahu tak?
Nama dia Hasnatul Mardiaah
Sedap tak nama dia?
Saya mula kenal dia  masa dia darjah 6.
Masa tu ramai kawan saya selalu sebut-sebut nama dia.
Saya pun pelik lalu bertanya dengan rakan-rakan yang lain.
Oh!rupa-rupanya dia bersekolah sekolah agama bersama dengan rakan-rakan saya.
Memang pelik bagi saya kerana saya tidak pernah kenal dia.
Sehinggalah saya bertemu dengan dia di sebuah pusat tuisyen di Jazim berhampiran dengan rumah saya.
Sejak dari itu baru saya tahu siapa Hasnatul Mardiaah.
Orang dia cantik seperti sifatnya juga.
Dia seorang peramah, selalu bagi nasihat dan seorang yang rajin.
Saya amat menyenangi dengan sikapnya itu.
Takdir menemukan kami kembali di sekolah berasrama yang sama.
Saya pun tidak pernah terfikir akan bertemunya kembali di sekolah yang sama.


Saya sama kelas dengan dia semenjak kami Form 1,Form3 dan Form 4 dan akan datang Form5
Form2 sahaja yang saya dan dia berlainan kelas kerana dia juga merupakan pelajar yang cemelang.
Saya tak pernah mengaharapkan apa-apa tetapi hanya mendoakan persahabatan kami kekal hingga akhir.
Saya juga pernah melukai hatinya tetapi dia sabar dengan kerenah saya.
Saya betul-betul rasa bersalah dengan setiap apa yang saya lakukan pada dia.
Saya berharap dia dapat memaafkan segala silap saya sepanjang saya berkawan dengannya.
Dia juga banyak menyedarkan saya tentang banyak perkara yang telah saya lakukan.
Dia juga banyak menggembirakan hati saya ketika saya berada dalam kesusahan.
Dia juga banyak membantu saya ketika saya dalam kesusahan.
Dia juga selalu menjadi tempat saya meluahkan rasa hati yang sedih serta segala masalah yang saya hadapi.
Saya betul-betul rasa bersyukur mempunyai rakan sepertinya.
Dia betul-betul banyak menyedarkan diri saya.
Terima kasih Hasnatul Mardiaah.
Mudah-mudahan Allah akan merahmati setiap apa yang kamu lakukan di dunia ini.
Amin.....









Inilah dia kawan saya selamanya.......














Friday, December 16, 2011

Iman kita.....





   Assalamualaikum

Apa Kabar semua?
Hari ni saya tiada cerita yang menarik untuk dikongsi tetapi hanya dengan
gambar di atas ni.Anda semua sudah membacanya.....
Saya tertarik dengan cerita di atas.
Saya juga bukan manusia yang kuat iman tetapi saya juga pernah melalui perkara ini.
Saya akan cuba untuk menjauhinya,
Kita sebagai manusia perlu menguatkan iman agar cinta kita hanya kepada Allah.
Cinta Allah adalah segala-galanya daripada cinta kepada orang lain.
Jadi marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri kita yang hina ini.
Wassalam.....