Monday, December 19, 2011

keindahan alam


Assalamualaikum

Kali ini pula saya nak ceritakan mengenai kehidupan laut yang Allah 
ciptakan kepada kita semua.
Setiap kejadian yang dijadikan Allah sangat bermakna untuk kita.
Begitu juga saya rasa bersyukur kerana di negeri kita terdapat laut, sungai dan alam sekeliling
yang begitu cantik.Subhanallah.
Saya suka melihat laut yang tersergam indah di hadapan saya.
Setiap kali bercuti, pasti saya akan mengajak keluarga saya bercuti ditempat peranginan yang ada laut.
Saya rasa seronok melihat keindahan yang diciptakan oleh Allah.
Laut juga membuat hati saya menjadi tenang dan aman
sekiranya fikiran saya berserabut memikirkan masalah yang dihadapi.
Jadi, sekiranya anda mempunyai masalah yang hendak difikirkan jangan lupa untuk
melihat keindahan yang berada di sekeliling kita.
Bukan hanya melihat keindahan laut, tetapi keindahan yang berada di sekeliling kita.
Saya sebenarnya suka melihat keindahan alam yang menghijau serta kebiruan.
Hati pun sajuk memandang.
Selain daripada kita memandang alam sekeliling jangan kita lupa menyebut Subhanallah kerana
Allah menciptakan alam sekeliling dengan indahnya
Ok lah cukuplah sampai di sini sahaja sehingga kita bertemu kembali.
Wassalam

Laut yang begitu indah


Hidupan laut yang cantik




Sunday, December 18, 2011

KUCING


Assalamualaikum

Korang semua tahukan apa binatang yang berada di atas kan?
Tentunya kucing....
Saya sebenarnya sukakan kucing sangat-sangat.
Tetapi saya tidak pernah ada kucing kat rumah
Ayah saya tak suka ada binatang kat rumah.
Jadinya saya akan bermain dengan kucing yang tinggal kat luar rumah.
Tetapi kucing yang tinggal kat luar semuanya takutkan orang.
Saya masih lagi bermain dengan kucing kalau ada kucing yang datang bermanja-manja dengan saya.
Saya rasa seronok melayan kucing-kucing tersebut.
Sehinggalah orang menggelar saya doktor kucing sebab saya suka merawat kucing yang terbiar atau tidak sihat.
Sudah menjadi kebiasaan saya kalau ada kucing tersesat yang datang ke rumah pasti saya akan merawat.
Kadang-kadang kucing ni juga boleh dijadikan tempat saya bercakap dengannya.
Dan kucing seolah-olah memahami maksud saya.
Saya sangat menyayangi makhluk yang telah Allah ciptakan.
Saya sayang kucing sangat-sangat.
Jadi kita sebagai hamba Allah hendaklah menyayangi binatang tanpa memukulnya.
Sama-samalah kita menyayangi makhluk yang diciptakan oleh Allah.
Wassalam...
















Hikmah Abd Ghapar




Ini gambar rakan saya yang sedang menembak kawannya

 
comelkan dia?

Dia sentiasa tersenyum....

Assalamualaikum....

Hari ni juga saya nak ceritakan pasal kawan baik saya yang ketiga.
Orangnya sentiasa tersenyum walaupun dia berada dalam kesusahan.
Saya selalu rasa terhibur dengan usikannya....
Baiklah namanya Nur Hikmah Abd. Ghapar.
Saya mula kenal dia semasa saya Form 1 sehinggalah sekarang.
Hubungan kami mula bertambah rapat sejak dia juga sama kelas dengan saya.
Dia menjawat jawatan yang tinggi di sekolah saya.
Dia seorang yang bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.
Ramai guru,rakan serta semua warga sekolah amat menyayanginya.
Dia betul-betul seorang yang amat saya kagumi.
Sikap dan kesabarannya dalam menempuh setiap ujian yang dihadapinya amat saya kagumi.
Saya berasa gembira dapat berkawan dengannya.
Dia juga merupakan tempat saya mengadu atau berjumpa.
Saya juga selalu mengusik dia.
Tidak sah kalau saya tak usik dia.
Saya juga nak ucapkan terima kasih kepadanya kerana telah memberi 
saya hadiah hari jadi yang cantik.
Saya juga nak minta maaf sekiranya saya banyak melakukan kesilapan sepanjang
saya berkenalan dengan dia.
Saya berharap dia sudi memaafkan saya....
Terima kasih Hikmah kerana menjadi rakan saya selama ini.
Moga persahabatan kita kekal selamanya.......



Inilah hadiah pemberian Hikmah kepada saya
cantikkan?




Sahabat bernama Syaqinur Aisya

Dia di sebelah kanan saya yang menunjukkan dua tangannya.
comel tak?

assalamualaikum.....
Kita bertemu kembali di blog saya ni.
Hari ni pula saya nak ceritakan pula mengenai rakan saya yang saya sayang juga,
Sebelum tu, saya dah tulis mengenai rakan saya yang pertama iaitu Hasnatul Mardhiaah.
Sekarang giliran dia pula saya nak ceritakan.
Dia juga pernah menulis tentang saya di blognya.
Saya rasa terharu and berterima kasih kepadanya.
Baiklah nama penuhnya ialah Syaqinur Aisya Nasli.
Sedapkan nama dia.
Ini pertama kali saya mendengar namaya yang unik kerana sebelum
ini saya belum pernah ada kawan yang bernama Syaqinur.
Kalau anda semua nak berkenalan dengan dia lebih rapat lagi boleh klik di link yang saya buat

Saya kenal dengan dia semasa saya Form4 sekarang ni.
Dia sama kelas dan sama dorm dengan saya.
Lama-kelamaan saya menjadi rapat dengan dia.
Dia ni seoang yang peramah,sentiasa tersenyum,dan suka mengusik.
Dia suka mengusik tidak kira siapa pun.
Jadinya ramai yang suka dengan sifatnya itu.
Termasuk diri saya juga.
Kadang-kadang saya juga suka mengusik dia saje je nak bergurau.
Dia ni juga seorang peminat Khairul Fahmi.
Minat yang terlebih-lebih.sampai mengaku dia ni Mrs. Khairul Fahmi.
Macam-macam betul kerenah dia ni.
Lagi satu dia ni kuat berangan bila saya cakap buat apa dia cakap tengah berangan,
Berangan tu taklah baik sangat tapi jangan sampai terjatuh dari katil sudahlah.
He3 jangan marah ye Shaqinur.
Dah lama tak mengusik jadi rindu pula.

Dia juga seorang yang sangat caring.
Semasa saya sakit dulu, dialah yang menjaga saya
seperti ibu saya.
Saya betul-betul rasa bersyukur sangat kerana dapat kawan yang baik seperti dia.
Kalau saya ada masalah saya juga akan berkongsi dengan dia kerana dia 
seorang yang memahami.
Lagi satu, dia ni juga seorang yang pandai berlakon.
Teringat saya sewaktu dia berlakon di dalam dorm...
Dia lebih sesuai memainkan watak seorang yang lembut seperti sifatnya.
Lakonan dia juga membuatkan orang tergelak melihat telatahnya......
Dia juga suka main hujan.
Teringat saya sewaktu dia demam dulu.
Sangat teruk dan sampai termuntah ini semua gara-gara dia bermain hujan.
Ok lah tu je kot nak saya describe mengenai dia.
Sebenarnya banyak lagi saya nak cerita mengenai dia tetapi anda semua boleh 
mengenali dirinya dengan lebih dekat melalui Facebook atau blog....
Wassalam...




kecantikan diri

Assalamualaikum..........
Hari ini saya nak cerita satu cerita mengenai diri saya.
Dulu saya rasa sangat malu dengan diri saya kerana ramai yang kata diri saya ni taklah cantik.
Termasuk dengan ahli keluarga saya, mak cik dan ramai lagi.
Tapi saya tak kisah sebab Allah mencipta kita tidak sempurna.
Memang saya dulu menangis  sebab ini.
Saya dah cuba pelbagai ubat untuk sembuhkan penyakit saya tetapi tidak berkesan.
Ini semua adalah kehendak Allah kerana saya percaya Allah akan menguji setiap hambanya yang sabar menempuh dugaannya.
Lama-kelamaan saya mula faham kenapa Allah menciptakan manusia itu tidak sempurna.
Saya sepatutnya rasa bersyukur dengan apa yang telah Allah anugerahkan kepada saya.
Saya lebih rasa kasihan melihat orang yang lebih kurang upaya daripada saya seperti
mereka yang cacat penglihatan dan penyakit  kronik yang dihadapi  oleh mereka.
Saya rasa bersyukur kerana saya tak dilahirkan seperti mereka.
Saya dilahirkan dengan sempurna dari segi anggota tubuh badan yang sihat dan segalanya.
Saya tidak patut menyalahkan apa yang berlaku dalam diri saya.
Kecantikan muka bukan ukuran bagi diri kita.
Kerana kecantikan tidak semestinya lahir daripada muka yang cantik tetapi hati yang ikhlas dan disenangi oleh orang ramai.
Saya mula faham dan dapat menghayati apa yang saya inginkan dalam hidup saya.
Walauapapun saya berasa bersyukur kerana dikurniakan  ibu bapa yang memahami dan mengambil berat tentang diri saya dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya yang telah banyak membeli saya pelbagai ubat untuk menyembuhkan diri saya dari Hospital pakar, rawatan tradisional dan sebagainya.
Saya rasa beruntung kerana  mempunyai ibu bapa yang sangat prihatin terhadap diri saya.
Begitu besar pengorbanan ibu dan ayah saya untuk membantu diri saya.
Terima Kasih Ya Allah kerana mengurniakan saya ibu bapa yang penyayang.
Dan tempatkanlah mereka di kalangan orang yang beriman iaitu syurga FirdausMu.

Saturday, December 17, 2011

Seorang sahabat Hasnatul Mardiaah

Ha!
Korang tahukan apa erti persahabatan?
Kali ini saya nak ceritakan satu kisah mengenai rakan atau sahabat yang paling saya sayang selama ini.
Nak tahu tak?
Nama dia Hasnatul Mardiaah
Sedap tak nama dia?
Saya mula kenal dia  masa dia darjah 6.
Masa tu ramai kawan saya selalu sebut-sebut nama dia.
Saya pun pelik lalu bertanya dengan rakan-rakan yang lain.
Oh!rupa-rupanya dia bersekolah sekolah agama bersama dengan rakan-rakan saya.
Memang pelik bagi saya kerana saya tidak pernah kenal dia.
Sehinggalah saya bertemu dengan dia di sebuah pusat tuisyen di Jazim berhampiran dengan rumah saya.
Sejak dari itu baru saya tahu siapa Hasnatul Mardiaah.
Orang dia cantik seperti sifatnya juga.
Dia seorang peramah, selalu bagi nasihat dan seorang yang rajin.
Saya amat menyenangi dengan sikapnya itu.
Takdir menemukan kami kembali di sekolah berasrama yang sama.
Saya pun tidak pernah terfikir akan bertemunya kembali di sekolah yang sama.


Saya sama kelas dengan dia semenjak kami Form 1,Form3 dan Form 4 dan akan datang Form5
Form2 sahaja yang saya dan dia berlainan kelas kerana dia juga merupakan pelajar yang cemelang.
Saya tak pernah mengaharapkan apa-apa tetapi hanya mendoakan persahabatan kami kekal hingga akhir.
Saya juga pernah melukai hatinya tetapi dia sabar dengan kerenah saya.
Saya betul-betul rasa bersalah dengan setiap apa yang saya lakukan pada dia.
Saya berharap dia dapat memaafkan segala silap saya sepanjang saya berkawan dengannya.
Dia juga banyak menyedarkan saya tentang banyak perkara yang telah saya lakukan.
Dia juga banyak menggembirakan hati saya ketika saya berada dalam kesusahan.
Dia juga banyak membantu saya ketika saya dalam kesusahan.
Dia juga selalu menjadi tempat saya meluahkan rasa hati yang sedih serta segala masalah yang saya hadapi.
Saya betul-betul rasa bersyukur mempunyai rakan sepertinya.
Dia betul-betul banyak menyedarkan diri saya.
Terima kasih Hasnatul Mardiaah.
Mudah-mudahan Allah akan merahmati setiap apa yang kamu lakukan di dunia ini.
Amin.....









Inilah dia kawan saya selamanya.......














Friday, December 16, 2011

Iman kita.....





   Assalamualaikum

Apa Kabar semua?
Hari ni saya tiada cerita yang menarik untuk dikongsi tetapi hanya dengan
gambar di atas ni.Anda semua sudah membacanya.....
Saya tertarik dengan cerita di atas.
Saya juga bukan manusia yang kuat iman tetapi saya juga pernah melalui perkara ini.
Saya akan cuba untuk menjauhinya,
Kita sebagai manusia perlu menguatkan iman agar cinta kita hanya kepada Allah.
Cinta Allah adalah segala-galanya daripada cinta kepada orang lain.
Jadi marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri kita yang hina ini.
Wassalam.....






















                                             


 

Monday, December 5, 2011

Malu Sangat!!!

Apalah nak jadi aku ni kan..
Semalam Aku and Family gi umah kahwin 2 tempat...
Jauh plk tu..Sbnrnya aku mls je nk pegi tp aku trpaksa je le.
Fine..Rumah kawin x delah ape2 biasa je le
But ade bnda yg aku malu sgt....
Nk tau x...
First skali,aku pegi masjid untuk solat zohor ye lah time tu dh nk masuk kol 2
Kami skluarga pegilah solat tp tmpt wuduk pompuan x bertutup
Aku just pkai scarf je le mnutup rmbut nasib baik x de lelaki.
Aku brsyukur sgt,,,
Slps aku solat je, rmai pulak lelaki drpd tahfiz aku ingat sape je...
Trkjut aku tp aku x pndg pun tunduk
Aku x dpt bygkan klau aku time tu angkat wuduk diorg ade...Nauzubillah
Ok tu baru je time solat zohor.
Ade lagi ni lg malu...
Time tu kat masjid gak pegi untuk smbhyg asar plk....
Lps kitorg roung keliling melaka
Best sgt...
Ok masa aku gi smbhyg asar kat masjid tu
kbetulan adik aku nk buang air jadinya akulah yg kena pegi.
Aku malu sgt sbbnya aku masuk tnds lelaki
Aku x pndg langsung signboard yg bsr gedabak dpn aku yg tulis tandas Perempuan
Aku kluar dari tnds baru aku perasan
Adik aku dh tergelakkan aku dan ckp dgn aku
Knapa ko masuk tandas lelaki ni?
Aku pun dgn slmba je ckp: Ko ni diam2 je le dh trmasuk...
Pdhl mmg time tu aku malu sgt causenya tiba2 ade bdk lelaki btul2 ade kat dpn aku...
Dia mcm pndg semacam je kat aku...
ADUHAI....

Friday, November 18, 2011

HaRI LaST PeRsEKOlaHaN

Semalam tak sangka hari last prsekolahan.
Aku seakan-akan x percaya yang dh hbs sessi persekolahan.
Thn dpn dh msuk Form5.Seram sejuk pula dah form5 aku.
Tp kita kenalah terima hakikat yg umur kita mkin bertambah bukan brkurg tak gitu?
Aku thn dpn masuk kls lain.Dh tak sama dgn diorg lagi.
Aku sdh sgt dan aku akn merindui kls 4IS.Thanks kwn2 yg sudi membantu aku dari segi apa2.

Aku syg korg.Maafkan kslahn aku klau aku ade wat byk slh kat korg.
Terima kasih untuk segalanya.
Dan aku nk ckp Kls 4IS mmg best!Syg korg semua..........
Hopenya walau kita x sama kls tp kita still satu Batch x gitu kwn2 smua?
Aku sntiasa mndoakan yg terbaik untuk korg.
Aku hrp kita dpt buat kputusan yg gempak2 thn dpn insyaallah.
11A++ Amin........Dan kita akn berjaya hingga ke menara gading!Seperti gmbr ni dan menjadi muslimah sejati...

JamUAN KoPEraSi

HAI semua, kita brtemu kembali
sdh lama dah x tulis kan
Hari ni aku nk cerita mgnai jamuan makan koperasi plk
Jamuan kitorg pegi dkt Wonderland.Best sgt.
Aku rasa sronok sgt dpt brmandi-manda dan aku rasa brsyukur dpt kwn yg baik yang slalu berada di samping aku.Mmg masa time tu aku rasa sikit takut.Bukan tkt ape tp tkut dgn air yang dlm tu je.
Aku nk mohon maaf kat kwn aku klau aku ade wat diorg trtanya-tanya knpa aku mcm tu.
Aku rasa brslh sgt.Hope diorg maafkan aku.Aku byk salah silapnya.
Ok lah tutup citer sedih ye...Insyaallah aku akn cuba ubh sikap aku mnjadi lbih baik dan diterima org lain.
Thanks kwn2 kerana memahami sikap aku yang tentu psl yg boleh mmbuatkan org x suka prgai aku.
MAAFKAN AKU..............

Saturday, November 12, 2011

Malam Asrama Gemilang

HAi semua....
Hari ni aku nk citer satu pristiwa yg brsejarh berlaku kat sekolah aku.
Pada hari Rabu Sekolah aku mgadakan Malam Asrama Gemilang.
Gempak sgt drpd sebelum ni.
Tp trasa lain plk untk tahun ni ye lah kwn aku semuanya dh x de.Bukn x de ape diorg sibuk urus asrama gemilang.Dh mnjadi tugs diorg untuk siapkan prsiapn semua ni.Klau dulu kitorg duduk sma2
tp semua tu dh x de lagi.Tp walauapapun aku fhm sdh mnjdi tugs diorg untk siapkan bnda ni.
Lps tu. kitorg makan kat dewan mkn.Byk btl mknn yg disediakn pihak asrama seperti sate,nasi lemak,
masak ikan sweet sour,aiskrim dan byk lgi.X terlarat kitorg nk mkn tp terpaksa juga drpd membazir.
Tu je kot bdn pnt lps tu blik dorm trus tidur...He3
ok lah see again.

Lawatan Sekolah Perak

Assalamualaikum....
Kita brjumpa lagi...dah lama xmghdp blog aku ni.
Maklumlah busy je memanjang.
Ada skolah luar dtg 2 hari plk tu..
pnt tu tp tulah tugas dan perlu korbankan masa untuk kebaikan diri dan skolah.
Aku dgn rela hati melakukan tugs dgn sebaiknya.Alhamdulillah.Semuanya brjln dgn lancar.
Tadi kitorg jdi pyambut tetamu dari sekolah Perak.Sekolh tu lelaki dan perempuan.
Apa lagi layanlah walau x biasa pun.
Diorg bawa kumpulan nasyid bersama dan menyampaikan nasyid diorg kat kitorg.
Terpegun kot dgr diorg punya nasyid.Mmg mantap.Sdp pulak tu.Isk terpuji lbh2 pulak nasyid skolh diorg.
Dah le mykitkan hati kitorg bila alat nasyid kitorg hbs jahanam diorg kerjakan.
Sabar ajelah.Bdk lelaki ni mmg main gns.
Aku blik umah kol 1 lbh.pnt tu lyn diorg nakal sgt.
Lps balik umah tukar baju jap pegi umah kahwin mcm2 btl aktiviti ari ni.
Aku x kisah pun tp tinggal pnt je..
Ok lah need to stop now.... See again.

Saturday, November 5, 2011

MY BEST FRIENDS FOREVER

Hai semua...
kita bertemu lagi...
Malam ni aku nk citer sikit psl kwn2 aku
Aku ade kawan baik yang aku syg
Terutama sekali kpd Azalina,Hikmah,Hasna,Piqa,Fatin,Dayah.
Mereka smua aku dh anggap mcm adik-beradik sendiri..
Aku syg sgt kat diorg...Tp hanya takdir saja yg dpt memisahkan kitorg...
Seperti Piqa dan Azalina mereka tu dh pindah tpi hubungan kitorg masih kekal bersama.
Aku brharap mereka dpt menjaga diri kat sana dan sntiasa ingat kitorg kat sini..
Kitorang sgt merindui diorang...

AKU SANGAT RINdU KAT dIORANG....
LOvE YOU sO mUcH!!!



 


 

HARI RAYA AIDILADHA

Assalamualaikum semua...
Dah lama x tulis kat blog ni kan???
ari ni aku pegi umah nenek aku kat semabok
Ramai sepupu aku ade tp ade yg x de sbb jauh...
Aku tolong nenek aku perah santan, potong bawang dan byk lg...
esok kan nk raya of courselah kita msk2
Lpstu aku bork2 dgn sepupu aku almaklumlah dh lama x jumpa.
kitorg citer psl skolah,lelaki dan mcm2 lg lah..
Cakap psl lelaki ni aku kurg minatlah bukan x suka tp blum masa lagi.
Sepupuku memandai je nk jodohkan aku dgn lelaki byk cantik...
Sebab aku percaya jodoh,ajal dan maut semuanya telah ditentukan olah Allah...
Oleh itu,aku percaya kerana lelaki yang baik untuk perempuan yang baik Insyaallah...
Tiba2 aku teringatkan seorang lelaki yang pernah datg kat sekolah aku...
kalau korg tengok mmg boleh cair.Tp dia bukan calang org tau sbb dia baik,kuat agama dan dia pndai ajar budk2 ni b.Arab.Aku rasa kagum dgn dia...Subhanallah.Tp bukan brmaksud aku suka kat dia.
Terserahlah kat korg nk ckp ape...Tp just aku nk ckp je aku hanya kagum dgn dia tu je.
Akhir sekali,aku hanya mendoakan dia mudh-mudahan sgala ilmu yang telah dipelajari mendapat keberkatan dan aku berdoa mudh-mudahan dia bakal menjadi pendakwah suatu hari nnti.Amin....
Lelaki yang aku ckp ni bukan asal dari Melaka tp N.sembilan dan aku brhrp sekiranya diizinkan oleh Allah aku teringin jumpa dgn dia lagi,Insyaallah.Ok lah cukup smpai sini sahaja kot yang dpt aku citer kat korang...Sehingga kita bertemu di lain hari...daa....

Thursday, February 3, 2011

keluargaku bahagia

Smlm,aku gi rumah nenek aku.dkt je pun kat semabok
semua sepupu aku ada....ada yg x de...
tp dikira rmi gak..sepupu aku sklh sbpi pun ada
pergh....mcm2 citer ckp psl sklh dialah dan sklh aku
alah....lgpun dia tu baru aje msk sklh sbpi..
dia kata best...aku mmg x nafikan mmg sklh tu bgs
lpstu ckp plk psl luqman...nk tau siapa luqman ni?
dia tu pn sepupu aku jgk yg umur bwh drpd aku. ckp psl dia main suka lg
nk2 mykt dia...aku mcm x caya apa tiqa ckp kat aku yg luqman tu
sbnrnya pendiam...biar betul?????dgn kitorg prgi mcm hantu ade je nk usik!!!!
pergh...kat sklh nk brlgk mcm baik konon mklumlah mak we dia ade so buat2 control plk...
isk2 bajet sgt....Kak Wani pun baru blk dari Mesir..dia byk cite pglmn dia kat sana
Alhamdulillah akhirnya dia slmt .. mmglah drpda muka dia nmpk tkt tpi percayalah
Allah akn mmbantu setiap hmbanya...Aku brdoa mudh mudhn ape2 krisis yg berlaku kat Mesir
dpt diatasi..

TIBA2 tringat plk ape yg aku prnh ckp dgn cikgu spancha masa aku form 3
yg aku tringin nk bljr kat sana nk ikut jjk lgkh Kak Wani tp x taulah ape yg trjadi
skrg...aku hanya dpt berdoa kpda Allah.