Sunday, December 18, 2011

Sahabat bernama Syaqinur Aisya

Dia di sebelah kanan saya yang menunjukkan dua tangannya.
comel tak?

assalamualaikum.....
Kita bertemu kembali di blog saya ni.
Hari ni pula saya nak ceritakan pula mengenai rakan saya yang saya sayang juga,
Sebelum tu, saya dah tulis mengenai rakan saya yang pertama iaitu Hasnatul Mardhiaah.
Sekarang giliran dia pula saya nak ceritakan.
Dia juga pernah menulis tentang saya di blognya.
Saya rasa terharu and berterima kasih kepadanya.
Baiklah nama penuhnya ialah Syaqinur Aisya Nasli.
Sedapkan nama dia.
Ini pertama kali saya mendengar namaya yang unik kerana sebelum
ini saya belum pernah ada kawan yang bernama Syaqinur.
Kalau anda semua nak berkenalan dengan dia lebih rapat lagi boleh klik di link yang saya buat

Saya kenal dengan dia semasa saya Form4 sekarang ni.
Dia sama kelas dan sama dorm dengan saya.
Lama-kelamaan saya menjadi rapat dengan dia.
Dia ni seoang yang peramah,sentiasa tersenyum,dan suka mengusik.
Dia suka mengusik tidak kira siapa pun.
Jadinya ramai yang suka dengan sifatnya itu.
Termasuk diri saya juga.
Kadang-kadang saya juga suka mengusik dia saje je nak bergurau.
Dia ni juga seorang peminat Khairul Fahmi.
Minat yang terlebih-lebih.sampai mengaku dia ni Mrs. Khairul Fahmi.
Macam-macam betul kerenah dia ni.
Lagi satu dia ni kuat berangan bila saya cakap buat apa dia cakap tengah berangan,
Berangan tu taklah baik sangat tapi jangan sampai terjatuh dari katil sudahlah.
He3 jangan marah ye Shaqinur.
Dah lama tak mengusik jadi rindu pula.

Dia juga seorang yang sangat caring.
Semasa saya sakit dulu, dialah yang menjaga saya
seperti ibu saya.
Saya betul-betul rasa bersyukur sangat kerana dapat kawan yang baik seperti dia.
Kalau saya ada masalah saya juga akan berkongsi dengan dia kerana dia 
seorang yang memahami.
Lagi satu, dia ni juga seorang yang pandai berlakon.
Teringat saya sewaktu dia berlakon di dalam dorm...
Dia lebih sesuai memainkan watak seorang yang lembut seperti sifatnya.
Lakonan dia juga membuatkan orang tergelak melihat telatahnya......
Dia juga suka main hujan.
Teringat saya sewaktu dia demam dulu.
Sangat teruk dan sampai termuntah ini semua gara-gara dia bermain hujan.
Ok lah tu je kot nak saya describe mengenai dia.
Sebenarnya banyak lagi saya nak cerita mengenai dia tetapi anda semua boleh 
mengenali dirinya dengan lebih dekat melalui Facebook atau blog....
Wassalam...




No comments:

Post a Comment