Saturday, December 17, 2011

Seorang sahabat Hasnatul Mardiaah

Ha!
Korang tahukan apa erti persahabatan?
Kali ini saya nak ceritakan satu kisah mengenai rakan atau sahabat yang paling saya sayang selama ini.
Nak tahu tak?
Nama dia Hasnatul Mardiaah
Sedap tak nama dia?
Saya mula kenal dia  masa dia darjah 6.
Masa tu ramai kawan saya selalu sebut-sebut nama dia.
Saya pun pelik lalu bertanya dengan rakan-rakan yang lain.
Oh!rupa-rupanya dia bersekolah sekolah agama bersama dengan rakan-rakan saya.
Memang pelik bagi saya kerana saya tidak pernah kenal dia.
Sehinggalah saya bertemu dengan dia di sebuah pusat tuisyen di Jazim berhampiran dengan rumah saya.
Sejak dari itu baru saya tahu siapa Hasnatul Mardiaah.
Orang dia cantik seperti sifatnya juga.
Dia seorang peramah, selalu bagi nasihat dan seorang yang rajin.
Saya amat menyenangi dengan sikapnya itu.
Takdir menemukan kami kembali di sekolah berasrama yang sama.
Saya pun tidak pernah terfikir akan bertemunya kembali di sekolah yang sama.


Saya sama kelas dengan dia semenjak kami Form 1,Form3 dan Form 4 dan akan datang Form5
Form2 sahaja yang saya dan dia berlainan kelas kerana dia juga merupakan pelajar yang cemelang.
Saya tak pernah mengaharapkan apa-apa tetapi hanya mendoakan persahabatan kami kekal hingga akhir.
Saya juga pernah melukai hatinya tetapi dia sabar dengan kerenah saya.
Saya betul-betul rasa bersalah dengan setiap apa yang saya lakukan pada dia.
Saya berharap dia dapat memaafkan segala silap saya sepanjang saya berkawan dengannya.
Dia juga banyak menyedarkan saya tentang banyak perkara yang telah saya lakukan.
Dia juga banyak menggembirakan hati saya ketika saya berada dalam kesusahan.
Dia juga banyak membantu saya ketika saya dalam kesusahan.
Dia juga selalu menjadi tempat saya meluahkan rasa hati yang sedih serta segala masalah yang saya hadapi.
Saya betul-betul rasa bersyukur mempunyai rakan sepertinya.
Dia betul-betul banyak menyedarkan diri saya.
Terima kasih Hasnatul Mardiaah.
Mudah-mudahan Allah akan merahmati setiap apa yang kamu lakukan di dunia ini.
Amin.....









Inilah dia kawan saya selamanya.......














No comments:

Post a Comment