Monday, December 19, 2011

keindahan alam


Assalamualaikum

Kali ini pula saya nak ceritakan mengenai kehidupan laut yang Allah 
ciptakan kepada kita semua.
Setiap kejadian yang dijadikan Allah sangat bermakna untuk kita.
Begitu juga saya rasa bersyukur kerana di negeri kita terdapat laut, sungai dan alam sekeliling
yang begitu cantik.Subhanallah.
Saya suka melihat laut yang tersergam indah di hadapan saya.
Setiap kali bercuti, pasti saya akan mengajak keluarga saya bercuti ditempat peranginan yang ada laut.
Saya rasa seronok melihat keindahan yang diciptakan oleh Allah.
Laut juga membuat hati saya menjadi tenang dan aman
sekiranya fikiran saya berserabut memikirkan masalah yang dihadapi.
Jadi, sekiranya anda mempunyai masalah yang hendak difikirkan jangan lupa untuk
melihat keindahan yang berada di sekeliling kita.
Bukan hanya melihat keindahan laut, tetapi keindahan yang berada di sekeliling kita.
Saya sebenarnya suka melihat keindahan alam yang menghijau serta kebiruan.
Hati pun sajuk memandang.
Selain daripada kita memandang alam sekeliling jangan kita lupa menyebut Subhanallah kerana
Allah menciptakan alam sekeliling dengan indahnya
Ok lah cukuplah sampai di sini sahaja sehingga kita bertemu kembali.
Wassalam

Laut yang begitu indah


Hidupan laut yang cantik




No comments:

Post a Comment