Sunday, December 18, 2011

kecantikan diri

Assalamualaikum..........
Hari ini saya nak cerita satu cerita mengenai diri saya.
Dulu saya rasa sangat malu dengan diri saya kerana ramai yang kata diri saya ni taklah cantik.
Termasuk dengan ahli keluarga saya, mak cik dan ramai lagi.
Tapi saya tak kisah sebab Allah mencipta kita tidak sempurna.
Memang saya dulu menangis  sebab ini.
Saya dah cuba pelbagai ubat untuk sembuhkan penyakit saya tetapi tidak berkesan.
Ini semua adalah kehendak Allah kerana saya percaya Allah akan menguji setiap hambanya yang sabar menempuh dugaannya.
Lama-kelamaan saya mula faham kenapa Allah menciptakan manusia itu tidak sempurna.
Saya sepatutnya rasa bersyukur dengan apa yang telah Allah anugerahkan kepada saya.
Saya lebih rasa kasihan melihat orang yang lebih kurang upaya daripada saya seperti
mereka yang cacat penglihatan dan penyakit  kronik yang dihadapi  oleh mereka.
Saya rasa bersyukur kerana saya tak dilahirkan seperti mereka.
Saya dilahirkan dengan sempurna dari segi anggota tubuh badan yang sihat dan segalanya.
Saya tidak patut menyalahkan apa yang berlaku dalam diri saya.
Kecantikan muka bukan ukuran bagi diri kita.
Kerana kecantikan tidak semestinya lahir daripada muka yang cantik tetapi hati yang ikhlas dan disenangi oleh orang ramai.
Saya mula faham dan dapat menghayati apa yang saya inginkan dalam hidup saya.
Walauapapun saya berasa bersyukur kerana dikurniakan  ibu bapa yang memahami dan mengambil berat tentang diri saya dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya yang telah banyak membeli saya pelbagai ubat untuk menyembuhkan diri saya dari Hospital pakar, rawatan tradisional dan sebagainya.
Saya rasa beruntung kerana  mempunyai ibu bapa yang sangat prihatin terhadap diri saya.
Begitu besar pengorbanan ibu dan ayah saya untuk membantu diri saya.
Terima Kasih Ya Allah kerana mengurniakan saya ibu bapa yang penyayang.
Dan tempatkanlah mereka di kalangan orang yang beriman iaitu syurga FirdausMu.






3 comments:

  1. Ain :0 sesungguhnya disebalik semua ini ada hikmah yang tersembunyi . Even macam tu, kami tetap kawan ain kan ? XD

    ReplyDelete
  2. Memang betul.Saya suka berkawan dengan korang semua.Korang juga adalah rakan yang paling saya sayang selama ini.Terima kasih Hanis Yasmin.

    ReplyDelete
  3. SESUNGGUHNYA TIADA MANUSIA YG SEMPURNA DI DUNIA INI....JADIKAN KEKURANGAN DIRI SEBAGAI PEMBAKAR SEMANGAT UTK BERJAYA DUNIA AKHIRAT ^ __ ^ (HM_56)

    ReplyDelete